Pages

Monday 10 May 2010

Liga Futsal Wanita Terbuka Meriah!!

Sabak Bernam: 27 Mac yang lalu Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sabak Bernam telah mengadakan pertandingan Liga Futsal Wanita Terbuka dengan meriah sekali.. Sebanyak 20 pasukan futsal wanita yg telah mendaftar dari pelbagai bangsa yang berumur 15 - 40 tahun. Hadiah johan berupa wang tunai RM700 beserta hamper dan piala. Hadiah telah disampaikan oleh Y.B Datuk Abdul Rahman Bakri. Tahniah kepada pasukan Puteri Sungai Besar A yang telah mendapat tempat pertama. Cayalahhhh...
Antara gambar-gambar menarik sepanjang perlawanan tersebut..


Owh.. Lihatlah Dunia...

Ha.. Asal xmasuk gol ni!!!!

Ape la yang dibincangkan tu???

Ketua Puteri memberi sepatah dua kata...

Y.B Datuk Abdul Rahman dalam ucapan Perasmian pemutup..

Bagi cenderamata pada perasmi..



Pilihan Raya Kecil Lagi....

Sekali lagi kite menghadapi Pilihanraya kecil di Parlimen Hulu Selangor. Sebelum ini di Parlimen Bukit Gantang di mana BN tewas dr Parti Pembangkang iaitu PAS. Walaupun petiundi yang Parlimen Sabak Bernam jaga iaitu di Batu Hampar Dalam menang.. Kali ini kite bertungkus lumus menghadapi PRK di Parlimen hulu Selangor.. Akhirnya BN telah memenangi kerusi Parlimen itu dengan majoriti 1725.. Alhamdulillah segala penat jerih kita semua selama seminggu berkampung di Sungai Tengi Selatan membawa kepada kejayaan BARISAN NASIONAL.. Hidup UMNO!!

 antara gambar kenang-kenangan di Hulu Selangor..

Kata-kata Aluan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Sabak Bernam


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Bersyukur ke hadrat Ilahi di atas keberkatan dan keredhaanNya hingga saat ini Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sabak Bernam terus teguh biarpun pelbagai rintangan dan dugaan yang terpaksa ditempuhi. Dengan InayahNya ini juga dapatlah kita bertemu di dalam blogspot Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sabak Bernam ini.

Tujuan blogspot ini di wujudkan adalah untuk memberi maklumat yang berguna kepada Ahli Puteri khususnya dan juga menampilkan himpunan program dan aktiviti yang telah diadakan oleh Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sabak Bernam dari masa ke semasa.

Sebagai salah satu sayap dalam UMNO, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sabak Bernam telah menyusun pelbagai program dan aktiviti yang akan diadakan bagi mendekatkan lagi antara pemimpin dengan Ahli Puteri UMNO khususnya dan golongan muda amnya dalam program menyusur akar. Ini adalah antara program yang kita jalankan bagi mendekati golongan profesional dan dan remaja agar menyertai Puteri sekaligus dapat membantu mengukuhkan lagi kedudukan PUTERI.

Puteri juga berusaha agar UMNO kembali mendapat tempat di hati rakyat Malaysia khususnya Negeri Selangor ini agar terus menyokong parti keramat ini yang terbukti memartabatkan bangsa melayu seterusnya dapat menawan kembali negeri ini dari tangan pembangkang dalam PRU 13 nanti.

Sekian, wassalam dan terima kasih.
NOR FARHANA BINTI ALHAM
Ketua Pergerakan Puteri UMNO
Bahagian Sabak Bernam

Senarai Pegawai Dan AJK Puteri UMNO Sabak Bernam 2008-2011


PENGERUSI TETAP
PUAN NOR HANA BINTI BAHARUM

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
CIK SITI MARHANA BINTI MARMAN

KETUA PUTERI UMNO SABAK BERNAM
CIK NOR FARHANA BINTI ALHAM

NAIB KETUA PUTERI UMNO SABAK BERNAM
PUAN MASARNI BINTI MANSOR

SETIAUSAHA
TUAN HAJI MOHD FASIAH BIN HAJI MOHD FAKEH

PENOLONG SETIAUSAHA
PUAN NORAZLIZA BINTI MARWAJI

BENDAHARI
PUAN SURAYAWATI BINTI KHOLIL

KETUA PENERANGAN
PUAN NORAZAH BINTI ABD  AZIZ

AHLI JAWATANKUASA
PUAN SUMARNI BINTI ROBAI
PUAN ROSNANI BINTI JAMAL
PUAN ELLAYANA BINTI SHAARI
PUAN NINA RUZITA BINTI DARUS
CIK NOR HAFIZAH BINTI MOHD YUNUS
PUAN NORAZIZI BINTI ZAINAL ABIDIN
CIK HAIDAWATI BINTI MAD DABRI
PUAN NOORAINI BINTI SABARUDDIN
CIK NOR LIZA BINTI IDERIS
PUAN NOR HAMIMI BINTI JOHARI
CIK NOR SAADAH BINTI MOHD YUSOF
CIK SITI RUMZIAH BINTI WAHIDON
PUAN NOR HASSIDAH BINTI MOHD THANI
CIK NOR FAIZAH BINTI BANI
PUAN SITI AISYAH BINTI ISMAIL

TAMBAHAN
PUAN SITI NORAZIAN BINTI JAILANI
PUAN ZAINORA BINTI SAMSURI

PEMERIKSA KIRA-KIRA
PUAN HASNUL BEE BINTI HARUN
PUAN NORIELA BINTI MAT LIAS@KHAMIS

SETIAUSAHA KERJA
CIK SITI RUMZIAH BINTI WAHIDON

Barisan Ahli Jawatankuasa Puteri UMNO Sabak Bernam

klik gambar untuk resolusi lebih jelas
klik gambar untuk resolusi lebih jelas

Assalamualaikum

Assalamualaikum Warrahmatullahiwabarakatuh...
Puteri UMNO Sabak Bernam berbesar hati dan sukacita mengalu-alukan anda semua ke laman blogspot ini.

Laman blogspot ini merupakan sebahagian kecil usaha untuk menyalurkan informasi dan isu semasa kepada semua yang melayari blogspot ini serta sebagai pemangkin untuk mengeratkan lagi hubungan Puteri UMNO Sabak Bernam dengan segenap lapisan masyarakat.

Selamat Melayari Laman Web Puteri UMNO Sabak Bernam