Pages

Monday 10 May 2010

Kata-kata Aluan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Sabak Bernam


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Bersyukur ke hadrat Ilahi di atas keberkatan dan keredhaanNya hingga saat ini Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sabak Bernam terus teguh biarpun pelbagai rintangan dan dugaan yang terpaksa ditempuhi. Dengan InayahNya ini juga dapatlah kita bertemu di dalam blogspot Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sabak Bernam ini.

Tujuan blogspot ini di wujudkan adalah untuk memberi maklumat yang berguna kepada Ahli Puteri khususnya dan juga menampilkan himpunan program dan aktiviti yang telah diadakan oleh Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sabak Bernam dari masa ke semasa.

Sebagai salah satu sayap dalam UMNO, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sabak Bernam telah menyusun pelbagai program dan aktiviti yang akan diadakan bagi mendekatkan lagi antara pemimpin dengan Ahli Puteri UMNO khususnya dan golongan muda amnya dalam program menyusur akar. Ini adalah antara program yang kita jalankan bagi mendekati golongan profesional dan dan remaja agar menyertai Puteri sekaligus dapat membantu mengukuhkan lagi kedudukan PUTERI.

Puteri juga berusaha agar UMNO kembali mendapat tempat di hati rakyat Malaysia khususnya Negeri Selangor ini agar terus menyokong parti keramat ini yang terbukti memartabatkan bangsa melayu seterusnya dapat menawan kembali negeri ini dari tangan pembangkang dalam PRU 13 nanti.

Sekian, wassalam dan terima kasih.
NOR FARHANA BINTI ALHAM
Ketua Pergerakan Puteri UMNO
Bahagian Sabak Bernam

No comments: